Monday 12 December 2011

Jay Jay Perjalanan Semakin Matang

Salam 1 Malaysia kepada seluruh peminat kuda... Hari ini kami dengan bangganya, setelah beberapa bulan yang lalu mengasuh dari kecil dan kini Jay Jay semakin melonjak kedewasaan. Umur Jay Jay telah mencecah 10 bulan, tak sabar rasanya untuk melatih Jay Jay agar menjadi seekor kuda yang tersohor di arena kuda Kelantan. Dengan fizikal tubuhnya yang tegap serta warna yang menarik, bagi mereka yang melihat Jay Jay amat teruja dengan apa yang dimiliki oleh Jay Jay. Kami yakin Jay jay amat berpotensi berada sebaris dengan kuda-kuda yang tersohor di negeri Kelantan.

Tuesday 2 August 2011

Jay Jay semakin dewasa

3 hari selepas kelahiran
3 bulan selepas kelahiran


6 bulan selepas kelahiran
Hari berganti minggu bertukar bulan,tanpa disedari siang malam yang silih berganti Jay Jay yang seuatu ketika dahulu merupakan anak kuda yang kecil kini meningkat semakin dewasa. Hasil penjagaan yang baik Jay Jay yang berusia 6 bulan lebih telah menampakkan kejantanan yang amat mengkagumkan. Walaupun terpaksa melalui poroses pembesaran yang masih panjang bagi menentu kehebatan Jay Jay di medan perlumbaan. Abqar Equine amat meyakini dengan usaha pemeliharaan yang rapi Jay Jay bersedia menunjukkan aksi yang terbaik dalam menyahut cabaran sekelas dengannya.Dalam jangkaan kami Jay Jay akan berada dalam kelompok Kelantan Kacukan B. Apa pun Good Luck Jay Jay.

Saturday 14 May 2011

Transformasi Kuda Berkualiti

Lala ibu pony B

Sesi suaikenal Lala (Pony B) dengan Boy (Bimo NSF)

Syurga Boy dan Lala

Jay Jay anak hasil kacukan Lala dan Boy
Salam 1 Malaysia kepada semua peminat kuda. Abqar Equine terpanggil untuk berkongsi dengan semua rakan berkaitan transformasi yang telah berlaku dalam menghasilkan kuda-kuda yang terbaik bagi menyertai berbagai pertandingan. Persekitaran yang dipilih ialah di Negeri Kelantan yang sejak sekian lama cukup terkenal dengan aktiviti sukan berkuda bermula dari golongan kebanyakan hinggalah bangsawan. Sekitar tahun70an hingga 80an kebanyakan peminat hanya tertumpu menternak kuda-kuda dari jenis padi (pony) dan kebanyakannya di bawa dari Selatan Thailand, dikala itu peminat masih rasa tidak berkeyakinan untuk menternak kuda dari baka yang lebih besar seperti thourubred (Bimo) mahupun arab. Secara evolusi mahupun revolusi dengan sumber pengetahuan tanpa sempadan dan rasa ingin mencari sesuatu yang lebih bermutu, sekitar tahun 90an penternak kuda sudah membuka era pembiakan dengan kacukan yang lebih terancang bagi menghasilkan kuda-kuda yang baik.Ekoran dari kejayaan itu, maka pada hari ini kita dapati dari kelas kuda padi A,B dan C hinggalah kacukan Kelantan A atau B telah berubah wajah dan habitatnya, tidak lagi kita lihat kuda-kuda padi yang betul-betul asli padi walau berada dalam kategori C. Abqar Equine juga tidak terkecuali menggunakan pendekatan ini dan hasilnya...Waaaaau!

Thursday 12 May 2011

Sayuti dengan La La

Senyum dan berkeyakinan

Satu pengalaman baru bagi Sayuti yang sebelum ini tidak termimipi untuk menunggang kuda. Atas semangat dan keazaman yang tinggi, walau suatu ketika dahulu tidak mempunyai pengalaman langsung dalam menunggang kuda dan kini Sayuti amat berbangga kerana apabila ke pusat latihan menunggang kuda Abqar Equnie beliau telah menguasai teknik-teknik mengendali kuda walau masih belum matang. Kepada mereka diluar sana yang berminat untuk mengikuti jejak Sayuti silalah bertandang ke Abqar Equine untuk mendalami teknik menunggang kuda. Boleh berhubung terus dengan pengurus operasi di talian 0199082488 untuk maklumat lanjut. Syabas dan tahniah kepada Sayuti.

Anda yang berminat untuk mengikuti kelas menunggang kuda caj yang dikenakan adalah seperti berikut :-
1. RM30.00 = 1jam
2.RM200.00= 2 x seminggu = 8 x sebulan

Daftar segera kerna tempat adalah terhad.





Wednesday 11 May 2011

CT

CT adalah antara kuda yang terdapat di Abqar Equine. CT merupakan kuda hasil kacukan pony dan Marwari (Kuda India) dan ternyata walaupun hanya sekadar bersaiz Padi A, namun habitat yang ada pada CT 90% mewarisi Marwari. Dengan fizikal tubuhnya yang tegap serta kalajuan yang pantas, memberi kepuasan kepada penunggang samada di gelanggang perlumbaan mahupun endurance. Kami juga cukup yakin hasil kacukan CT dengan Bimo NSF akan membenihkan anak yang bermutu dan dijangka pada September ini CT bakal melahirkan anak. Tungguuuuuuuuu.....

Friday 22 April 2011

ABQAR EQUINE: Jay Jay

ABQAR EQUINE: Jay Jay

Proses Kacukan Pony dan Bimo

Di Negeri Kelantan cukup sinonim dengan sukan rakyat yang bermula dari peringkat bawahan hinggalah golongan bangsawan. Antara kalendar sukan rakyat ialah sukan berkuda yang melibatkan penyertaan dari Pony A,B dan C hinggalan kemuncak kuda Bimo.

Bagi menghasilkan keturunan kuda yang baik dan berpotensi dalam pertandingan, kebiasaannya pemilik kuda akan mencari kuda jantan dari keturunan dan baka yang baik agar suatu hari nanti diharapkan anak yang bakal dilahirkan menjadi seekor kuda yang bermutu. Begitulah juga kaedah yang dilakukan oleh ABQAR EQUINE dengan memilih ibu pony yang berkualiti dan dikacuk dengan Bimo agar anak yang dilahirkan memiliki ciri-ciri pony yang lasak dan bersaiz besar seperti Bimo. Ternyata kaedah ini amat berkesan dan terbukti terdapat beberapa ekor kuda di gelanggang perlumbaan menunjukkan skill yang memuaskan pemilik. Disamping itu juga, pastinya pemilik kuda akan berpuas hati serta ditawarkan dengan harga yang tinggi oleh peminat.

Jejak Kasih Jay Jay